Saturday, November 6, 2010

50 Perkara Mengenai Hawaii


Fakta Umum

  1. Kepulauan Hawaii adalah yang kumpulan yang paling terasing didunia - 2,390 batu dari pantai California dan 3,850 batu dari Jepun
  2. Merupakan  kepulauan yang terakhir dijumpai dan didokumenkan oleh Penjelajah Barat 
  3. Satu satunya negeri di U.S yang menanam kopi 
  4. Gugusan kepulauannya mengandungi 132 pulau dan pulau batu karang yang memanjang sejauh 1,500 batu
  5. Merupakan negeri yang ke 50 menyertai Kesatuan pada 20 Ogos 1959
  6. Tiada papan iklan, ular dan burung seagulls di sini
  7. Mempunyai zon masa tersendiri 
  8. Titik paling selatan U.S terletak di sini - di kawasan paling selatan Big Island Of Hawaii
  9. Akta Legislatif memperkenankan gelaran 'Aloha State' pada tahun 1959
  10. Sebanyak 200 spesis ikan yang terdapat di sini tidak boleh dijumpai ditempat lain 
  11. Perkataannya cuma terdiri dari 12 huruf . AEIOU untuk vokal dan HKLMNPW untuk konsonan 
  12. Tiada majoriti etnik, 30% Kaukasian, 40% Asian dan selebihnya pribumi Hawaii dan pulau pasifik yang lain 
  13. Terumbu yang terdapat di Northwestern Hawaiian Island adalah 70% dari keseluruhan terumbu karang U.S
  14. Melainkan siri TV Hawaii Five-O, sebenarnya negeri ini tidak memiliki jabatan kepolisan 
  15. Merupakan pengguna Spam yang terbesar di U.S
  16. Salah satu dari 2 negeri di U.S yang mempunyai lebuhraya antaranegeri, walaupun sebenarnya tidak memiliki sempadan
  17. Asalnya bernama Sandwich Island. Diberikan oleh Captain James C.Cook sempena nama patron Earl Of Sandwich
  18. Ikan Kebangsaannya bernama humuhumunukunukuapa'a ataupun dikenali sebagai ikan triggerfish.
  19. Bendera Hawaii adalah satu satunya yang memaparkan lambang Union Jack melambangkan hubungan yang pernah terjalin dengan British 
  20. Ukulele , alat yang diiktiraf sebagai milik asli Hawaii walaupun sebenarnya dibawa masuk oleh orang Portugis
  21. Paniolo - Koboi Hawaii, belajar tentang haiwan ternakan dari tenaga pelajar yang dibawa masuk dari Sepanyol. Paniolo bermaksud Espanol 
  22. Tidak mempunyai pertahanan menghadapi penyakit berjangkit yang dibawa oleh pendatang. Populasi Hawaii menurun dari 300 ribu pada 1779 ke jumlah hanya 40 ribu pada 1890
  23. Baju mula diperkenalkan pada abad ke 19 dan bermula apabila mubaligh memberikan mereka baju untuk menutupi badan mereka yang dibiarkan terbuka


Fakta Pulau Big Island
  1. Pulau terbesar dengan keluasan 4,028 batu persegi. 2 kali ganda saiz kesemua pulau disatukan 
  2. Terletaknya gunung berapi aktif Kilauea. Pulau ini membesar sebanyak 42 ekar setahun 
  3. Memiliki ladang terbesar U.S yang dimiliki oleh individu - Parker Ranch seluar 480 ribu ekar 
  4. Mauna Kea adalah gunung tertinggi di dunia jika diukur dari dasar dalam laut sehingga ke puncaknya 
  5. Salji akan terbentuk Di Mauna Kea pada musim sejuk 
  6. Hawaii Volcanoes Park merupakan Tapak Warisan Dunia
  7. Di Kealakekua Bay, sebidang tanah seluas 5,682 kaki persegi telah diberikan kepada England untuk monumen Kaptem James Cook


Fakta Pulau Kauai
  1. Menjadi salah satu tempat yang paling basah di dunia. Secara purata Gunung Waialeale menerima hujan sebanyak 426 inci
  2. Kauai merupakan pulau tertua di Hawaii. Usianya dianggarkan 6 juta tahun 
  3. Undang undang Kauai tidak membenarkan pembinaan yang lebih tinggi dari pokok kelapa
  4. Di bahagian barat pulau, terletak Pantai Polihale, Pantai terpanjang di Hawaii dengan jarak 17 batu 
  5. Terdapat kerbau yang melata di Hanalei River Valley yang sebenarnya didatangkan dari Wyoming
  6. Sungai Wailua , merupakan satu satunya sungai yang dapat diteroka di Hawaii


Fakta Pulau Lana'i
  1. Pernah menjadi pengeluar terbesar nenas dunia dengan menguasai 75% pasaran 
  2. Terdapat cuma satu bandar di Lana'i , iaitu Lana'i City dan terletak ditengah tengah pulau 


Fakta Pulau Maui
  1. Haleakala , gunung berapi terpendam yang terbesar di dunia dengan ketinggian 10.023 kaki dan kawah yang muat utk keseluruhan Pulau Manhattan, terletak di sini 
  2. Jalan raya menuju ke Hana, Utara Maui sepanjang 55 batu, sempit dan mengandungi 617 selekoh dan 26 jambatan sehala .
  3. Lahainaluna High School yang diasakan pada 1831, adalah sekolah U.S pertama yang didirikan dibahagian barat Gunung Rocky
  4. Juruterbang terkenal, Charles Lindbergh dikebumikan di kawasan gereja di Kipahulu
  5. Pokok Banyan yang di tanam di Lahaina pada 1873, kini setinggi lebih dari 50 kaki, mempunyai 12 dahan besar dan bebayangnya meneduhkan 2/3 ekar . Banyak keraian istimewa yang diadakan dibawah pokok tersebut


Fakta Pulau Molokai
  1. Tebing tepi laut di Molokai adalah yang tertinggi di dunia , antara 2000 - 3000 kaki diatas ombak 
  2. Tidak terdapat lampu isyarat trafik dan pusat membeli belah di Molokai 
  3. Semenanjung The Kalaupapa pernah menjadi tempat buangan mereka yang berpenyakit kusta & penyakit berjangkit Hansen


Fakta Pulau Oahu
  1. Galian Diamond Head (digelar Leahi oleh warga tempatan) kerana sinarnya, dijumpai disini . Pelayar British pada awalnya menyangka telah menjumpa berlian 
  2. Pusat Kawalan Tentera yang terbesar U.S - Schofield Barracks - terletak di pulau ini 
  3. Istana Ioni di Honolulu adalah satu satunya istana di US yang dulunya dimiliki oleh Raja Kalakaua. Ia memiliki tenaga elektrik lebih awal dari White House di Washington D.C
  4. Sebahagian dari pasir putih di Pantai Waikiki sebenarnya diambil dari pulau Molokai, 40 batu jauh jaraknya . Sebahagiannya pula didatangkan dari Pantai Manhattan, California .


* err .. gitu le faktanya lebih kurang .. yang wa ingat cuma ... the plane .. the plane .. eh .. tu Fantasy Island .. huhuhu

0 comments:

Comment here

 

Disclaimer

Segala terbitan, rencana, artikel, gambar, rujukan, info, sketsa dan segala bentuk material lain adalah hanya sebagai bahan yang wa kumpul, salin, baca, dengar, tonton samada dari media internet ataupun televisyen dengan bertujuan untuk disimpan sebagai rujukan sendiri dan bukan bersifat komersial .

Wa berlepas diri dari pertanggungjawaban diatas segala maklumat, pandangan , coretan, kritikan dan ketepatan fakta yang mana benar sewaktu ia diterbitkan .. Pembaca adalah dinasihatkan untuk mendapatkan rujukan lain sekiranya terdapat percanggahan yang meragukan .. harap maklum .. adios .. Karmic Luv Ye Oll ~!!

Sembang Sampai Lebam

FeedCount

Facebook Page

Statistik

Followers

| Karmic's © 2011. All Rights Reserved | Template Style by Karmic | Design by Planet Gedobah | Back To Top |