Baghdad Battery |
Hari ini bateri dengan mudah boleh didapati dari kedai kedai runcit, kedai serbaguna, kedai 24jam , pasaraya dan kebanyakan kedai serbaneka ( tapi jangan le cari kat pasar jual ikan .. memang le takde .. huhu ) . Tapi yang ingin diperkatakan pada tajuk ini ialah sebuah bateri yang berusia lebih kurang 2000 tahun dan dikenali sebagai Bateri Baghdad . Objek aneh ini telah dijumpai dibawah sisa runtuhan Desa Parthian dan dianggarkan bertarikh diantara 248 SM dan 226 Masehi . Alat ini terdiri dari tanah liat berkualiti setinggi 5½ inci dan didalamnya mengandungi tembaga yang berbentuk silinder yang terletak diatas lapisan aspal ( asphalt ) dan didalam tembaga itu pula terdapat rod besi yang telah teroksida ( memang persis binaan bateri moden ) .
Pakar yang telah meneliti objek ini mendapati ianya hanya perlu diisi dengan asid atau cecair alkali untuk mengeluarkan arus elektik dan ia juga dipercayai bahan terpenting dalam proses penyaduran plat emas ( electroplating ) dalam perusahaan kuno . Yang jadi tandatanya .. takde ke blueprint untuk objek ni sehinggakan teknologi pembuatan bateri hanya dijumpai kembali selepas 1800 tahun ? kedekut ilmu le diowang ni eh ?
* wa ingat le kan ... sesilap diowang dah lama ada PS2 masa tu .. kita je belum jumpa ... keh keh keh
0 comments: