Coso Artifact . |
Pada 13 Februari 1961, Wallace Lane, Virginia Maxey, dan Mike Mikesell, 3 orang pemilik bersama sebuah kedai menjual batu permata dan cenderamata sedang dalam pencarian bahan mineral terutamanya bebatuan geode ( sejenis batu yang boleh dicanai menjadi hiasan ) di kawasan tanah tinggi Olancha, California .
Sewaktu batu batu yang dikutip itu hendak dipotong di dalam makmal oleh Mikesell , salah satu darinya telah menyebabkan pisau berlian yang digunakan untuk proses pemotongan rosak dan tidak boleh digunakan lagi . Namun apa yang lebih memeranjatkan , didalam objek batu tersebut kelihatan objek keras yang kelihatan seperti porcelein dan mempunyai aci ( shaft ) berukuran 2 mm yang diperbuat dari bahan logam yang cerah dan bertindakbalas apabila didekatkan dengan magnet .
Terdapat beberapa perkara yang membingungkan tentang spesimen Coso ini . Lapisan luarnya diselaputi dengan fosil kerang dan juga serpihannya sementara terdapat 2 jenis logam bukan magnetik didalam keraknya . Dalamannya pula berbentuk heksagon dan kelihatan seperti acuan yang dibentuk sebagai lapisan silinder porcelein itu dan terdapat juga lapisan tembaga yang telah reput dibahagian paling dalam .
Terdapat banyak perdebatan dan percanggahan pendapat tentang penemuan ini . Pakar telah mengatakan bahawa sedimen lumpur yang terenap memerlukan lebih kurang 500 ribu tahun sebelum ia membentuk batu geode sedangkan apa yang ditemui didalamnya lebih mirip kepada penciptaan manusia zaman moden . Malah yang lebih kontroversi , sebahagian pakar kaji telah mengatakan bahawa artifak Coso itu adalah sebenarnya sebuah palam pencucuh ( spark plug ) jenama Champion dari era 1920 yang lebih sinonim dalam penjanaan kereta Ford Model T .
Malangnya artifak Coso telah hilang dari simpanan dan kerja kerja mengenalpasti telah terhenti begitu sahaja dan kekal sebagai objek yang tidak dikenalpasti secara ilmiah . Adakah penjelasan semulajadi tentangnya ? Apakah benar apa yang dijumpai didalam batu geode itu hanya sebuah palam pencucuh dan jika benar , bagaimana ia boleh terbentuk dalam batu yang berusia 500 ribu tahun ? .. huhuhu .. pening .
* Coso memang dah hilang .. tapi kalo luorang sekadar nak cari Coleslow .. kat KFC berlambak.. huhuhu .
1 comments:
cuba try test komen ..