Setiap orang, setiap negara dan juga masyarakat setempat mempunyai budaya , kepercayaan , adat dan pegangan mereka sendiri termasuklah mitos yang kadangkala sukar untuk dicerna oleh akal yang sihat . Adakalanya , ia dapat dibuktikan sebaliknya dengan pendekatan sains dan teknologi manakala selainnya kekal sebagai mitos yang tidak berasas samasekali . Namun , adalah lebih harmoni untuk kita menghormati setiap pandangan dan kepercayaan sesuatu kaum itu tanpa perlu mempertikaikannya .
Gunung Merapi yang meletus baru baru ini dan telah mengorbankan sekian banyak nyawa dikatakan oleh penduduk setempat dijaga oleh seekor naga yang diberi nama BarukLinting . Mereka percaya bahawa 'penjaga' gunung berapi paling aktif didunia itu sedang tidur dan gegaran yang berlaku itu adalah akibat pergerakan yg dilakukan oleh sang naga itu didalam tidurnya .
Dipercayai juga, kawasan tersebut 'keras' dan pengunjung tidak boleh bermulut celupar ataupun berkelakuan sumbang serta sentiasa menjaga kesopanan ketika berada disekitar gunung tersebut atau berhadapan dengan musibah . Ada diberitakan satu ketika sekumpulan pelancong telah terserempak dengan sebuah pasar di atas gunung tersebut .. setelah memasuki kawasan pasar itu , sebahagian mereka terus hilang dari pandangan dan ditemui kembali dalam keadaan lemah dan kebingungan manakala ada pelancong yang ghaib tanpa kesan sehingga kehari ini .
* Pasal naga tu .. wa penah dengar cerita yang hampir sama dari mak masa wa kecik dulu .. cerita naga tasik chini . Menurutnya .. setiap kali ada pergerakan dari sang naga , setiap kali itu paras air akan meningkat naik dan menyebabkan banjir .. ermm .. mungkin sebab kita berkongsi ras dan susur galur .. sebab tu cerita kita hampir sama kot .. Wallahualam .. tapi kalo gunung merapi tu kita bayangkan saiznya .. besar mana pulak naga yg melingkar menjaganya ya ? huhu ..
* Kejadian hilang ketika ditempat tempat cenggini .. boleh berlaku kat mana mana sebenarnya . Kita kena ingat .. selain kita .. ada makhluk yang tidak dapat dilihat ngan mata kasar yang turut menghuni dunia ni . Kat negara kita pon selalu kita dengar ..Perkampungan Jin & Bunian .. So , memang kita dinasihatkan utk menjaga tingkahlaku bila berada ditempat cenggini ... ye lah .. sekadar beringat .. :)
0 comments: