Berlaku mendapan tanah sedalam 65 kaki ( 20 meter ) di kawasan kediaman sebuah bandar di timur Germany - yang turut menelan kereta dan bahagian depan sebuah garaj . Bagaimanapun tiada kecederaan jiwa dilaporkan .
Perkhidmatan Kecemasan telah menerima panggilan pada kira kira jam 3 pagi waktu tempatan - 1 Nov 2010 ( 0200 GMT ) hari Isnin oleh penduduk yang melaporkan telah mendengar bunyi bising yang aneh dan membingungkan . Sebanyak 25 orang penduduk dari 6 buah rumah telah dipindahkan demi keselamatan .
Jurucakap dari Jabatan Geologi Dan Persekitaran Negeri Thuringia, Luthz Katschmann mengatakan tidak jelas apa yang telah terjadi dan ia berkemungkinan pergerakan formasi bebatuan bawah tanah yang telah menyebabkan berlakunya gelinciran tersebut . Mendapan tersebut telah membentuk sebuah lubang besar yang berukuran 98 kaki persegi ( 30meter persegi ) .
Pihak berkuasa tempatan telah mengeluarkan cadangan untuk menutup lubang tersebut dengan menggunakan batu dan pasir .
* Semakin banyak kejadian kejadian bencana alam yg berlaku di seluruh dunia hari ini .. apakah kita semakin alpa atau kita semakin gelojoh dalam mengejar arus dunia sehingga kita lupa .. dunia makin tua ... perghh ... tetiba wa teringat lagu Ebiet G Ade ..Berita buat kawan : "Itu tanda tuhan murka (edit) ..melihat tingkah kita yang selalu salah dan bangga dengan dosa dosa .. atau alam mulai enggan .. bersahabat dengan kita .. cuba kita bertanya pada rumput yang bergoyang " .. urghhh
0 comments: