Hehe .. luorang pernah dengo ke pantun Lim Tat ni ?? ... wa baru je teringat balik .. so wa parking je le kat sini .. sebagai ingatan tulus ikhlas .. keh keh keh
Venue : Pesta Pantun Kebangsaan Ulu Bertam
Antara : Ramai ramai Versus Lim Tat
Rama-rama terbang melayang
terbang melayang di waktu senja
mengapa orang bunuh orang
Sungguh jahat orang itu.
Gunung Daik Bercabang Tiga
Hancur Tanah Dikandung Badan
Budi Yang Baik Dikenang Juga
Dua Tiga Kucing Berlariii....
[ Jawapan Lim Tat ]
Anak Kambing Jalan Seorang Diri
Membeli Baju Di rumah NorKumala
Kalau tuan membeli padi
Mengapa Ingin Menampal Tayar??
Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Ku pinang-pinang tak dapat-dapat
Encik Tat yang aku ingin tak tahu benda nak cakap lagi
[ Jawapan Lim Tat ]
Anak tenggiri di tengah kolam
anak kolam di tengah tenggiri
Kalau ingin membeli ikan tenggiri
Jangan membeli di dalam kolam
Dua tiga monyet terbang
Mana nak sama tupai terbang
Kalau kita orang yang baik
Tentu kita banyak uang??
Dua tiga kedidi berlari
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan di kandung tanah
Budi yang baik di tanak sudah.. ??
[ Jawapan Lim Tat ]
Kalau Tuan membeli Helikopter
Membeli Helikopter Di Gunung Daik
Persatuan Negara Memajukan Negara
Kemana Kita Membeli Bendera
Menjual helikopter di tengah bandar
Bandar indah maju membangun
Negara Malaysia negara yang maju
Perodua Kancil, Encik Tat dah beli ?
[ Jawapan Lim Tat ]
Dari mana mahu kemana
Dari Johor pergi ke Kedah
Kalau tuan pergi ke Kedah
Jangan lupa beli laksa Kedah
Anak kedidi makan padi
Padi di makan di tengah hari
Kenapa budaya lepak menjadi-menjadi
Tolong jawab Encik Tat di sana ?
[ Jawapan Lim Tat ]
Burung Serindit atas pokok
Burung Merbok bawah pokok
itu pokok ada burung serindit
Burung gagak duduk dalam pokok
Kalau tuan panjat pokok
Budaya lepak bawah pokok
Sana burung sini burung
Atas burung bawah burung
Tepi burung kanan pun burung
Depan dan belakang di mananya burung... ??
[ Jawapan Lim Tat ]
Anak sotong dalam laut
Anak laut dalam sotong
itu sotong berenang dalam laut
Tidak boleh jumpa dalam Taman Burung.
* keh keh keh .. soalan yang jual pantun .. ke parit .. jawapan yang beli pantun .. kelaut ... kah kah kah
0 comments: