Pencipta Bib - Mark Poland |
Sekiranya anda menghadapi masalah selekeh masa makan ( SED - Sloppy Eating Disorder ) , jangan risau kerana ciptaan baru ni mampu untuk menyelesaikan masalah . Bibkin - Bib untuk orang dewasa .
:Anda tidak akan mengotorkan baju / blouse anda lagi" ujar penciptanya Mark Poland . " Anda juga akan lebih menikmati makanan tanpa perlu memikirkan belanja untuk dry cleaning" tambah nya lagi .
Poland, 68tahun, mengaku bahawa beliau adalah penghidap SED dan mengatakan bahawa produknya jauh lebih effektif dari sekadar menggantungkan napkin pada leher sebagaimana yang dipraktikkan pada masa ini . "Bibkin mempunyai perlindungan yang lebih luas dan ia sangat berkesan, anda tidak akan sedar apabila napkin yang anda gunakan telah terlucut dan hanya akan mengeluh hampa apabila kuah telahpun terkena pada baju anda" tambah beliau lagi
Harga yang ditawarkan adalah kurang dari RM35 bagi 2 set namun Poland mencadangkan ia nya dijual pada harga RM70 bagi set famili yang mengandungi 6 helai . Alasannya " SED akan tetap datang kepada setiap keluarga".
* perghhh .. memacam cara nak bagi laku barang ... cuba bayangkan luorang sarung menda ni masa tengah makan kat majlis formal .. dah rupa mr bean le plak ... kah kah kah
0 comments: