Monday, November 1, 2010

Nasi Ayam Hainan




tadaaaaaa ... hehehe .. lapa siot .. moh belasah nasik ayam weyh ... hainan lagi .. perghhh .. ngancam .. dah tengahari .. kalo luorang nak buat sekang memang le dah tak sempat ye dak ?? ada wa kesah ? kah kah kah 


memula .. kita usha barang barang yg diperlukan utk buat resepi ni ..



* Seekor ayam ( basuh dan keringkan ) .. jangan pakai washing machine udah 
* Secebis halia ( diketuk sampai penyek ). 
* 2 sudu teh garam . 
* Minyak bijan . ( bukan bohjan .. keh keh keh )
* Seulas bawang putih ( dihiris halus ). 
* 2 ulas bawang merah ( dihiris halus ). 
* Setengah kilo beras wangi. 
* Daun pandan. 
* 2 sudu besar minyak .. err... jangan buh petrol plak 



kuah kicap :
Satu sudu teh gula 
satu sudu teh serbuk seasoning 
satu sudu teh minyak bijan 
2 camca sos soya (light) 
200ml stok ayam. 
Campur dan kacau sampai boring



kuah cili :
100g halia 
50g bawang putih 
50g bawang merah 
200g cili merah 
5 biji limau kasturi ( amik air dia je ) 
gula & garam secukup rasa serta beberapa hirisan tomato. 
Campur dan kisar bahan sampai lebam .



Cara cara:
» Panaskan air ( sebanyak yang boleh dimuat seekor ayam) dalam periuk . Masukkan cebisan halia yang diketuk dan garam secukup rasa. Biarkan air perlahan lahan mendidih.
» Perlahankan api dan masukkan ayam. Biarkan ayam dipanaskan dalam api yang sederhana perlahan selama 45 minit.. jangan rentung plak 
» Keluarkan ayam dan rendam ayam di dalam air sederhana sejuk selama kira kira 20 hingga 30 minit. Buang air sejuk selepas ayam disejukkan, sementara air didih ayam tadi disimpan.
» Sapu ayam tersebut dengan minyak bijan. Letak ke tepi ayam.
» Panaskan minyak dalam kuali atau periuk. Tumis bawang putih dan bawang merah yang dihiris sehingga berbau harum. Tambahkan beras dan gaul sehingga rata.
» Pindahkan nasi yang ditumis bersama bahan bahan tadi ke dalam periuk nasi. Masukkan air didihan ayam yang digunakan sebelum ini. 
» Masuk daun pandan. Biar sehingga nasi ayam masak.
» Potong ayam kepada beberapa bahagian, mengikut citarasa dan kesesuaian.. jangan sampai hancur tau ..



hehe ... adios ... masyukkk ~!!

0 comments:

Comment here

 

Disclaimer

Segala terbitan, rencana, artikel, gambar, rujukan, info, sketsa dan segala bentuk material lain adalah hanya sebagai bahan yang wa kumpul, salin, baca, dengar, tonton samada dari media internet ataupun televisyen dengan bertujuan untuk disimpan sebagai rujukan sendiri dan bukan bersifat komersial .

Wa berlepas diri dari pertanggungjawaban diatas segala maklumat, pandangan , coretan, kritikan dan ketepatan fakta yang mana benar sewaktu ia diterbitkan .. Pembaca adalah dinasihatkan untuk mendapatkan rujukan lain sekiranya terdapat percanggahan yang meragukan .. harap maklum .. adios .. Karmic Luv Ye Oll ~!!

Sembang Sampai Lebam

FeedCount

Facebook Page

Statistik

Followers

| Karmic's © 2011. All Rights Reserved | Template Style by Karmic | Design by Planet Gedobah | Back To Top |