Wednesday, November 3, 2010

Stewie - Kucing Terpanjang




Seekor kucing dari baka Maine Coone telah dinobatkan sebagai kucing yang terpanjang di dunia. Dengan mempunyai ukuran melebihi 4 kaki ia telah menafikan rekod yang sebelumnya juga milik kucing dari baka yang sama .

Jurnal Reno-Gazette melaporkan, kucing yang diberikan nama Stewie dan berusia 5 tahun itu telah diperakui sebagai rekod baru Guinness setelah diukur memiliki saiz 48½ inci dari hujung hidung sehingga ke hujung ekor  memadamkan rekod sebelumnya dengan kelebihan  ½ inci .

Pemilik kucing berkenaan, Robin Hendrickson dan Erik Brandsness berkata , mereka terpanggil untuk mencuba rekod setelah mendengar banyak pandangan dari orang ramai tentang saiz yang dimiliki oleh peliharaan mereka . Maine Coone adalah baka yang juga dikenali sebagai Gergasi Mesra dalam dunia kucing, ujar mereka lagi .

* apa nak heran .. kat negara kita ni .. ada lagi panjang dari tu .. err.. alleycats ... keh keh keh ... rambut dia kalo luruskan then ukur .. humang aih ..

0 comments:

Comment here

 

Disclaimer

Segala terbitan, rencana, artikel, gambar, rujukan, info, sketsa dan segala bentuk material lain adalah hanya sebagai bahan yang wa kumpul, salin, baca, dengar, tonton samada dari media internet ataupun televisyen dengan bertujuan untuk disimpan sebagai rujukan sendiri dan bukan bersifat komersial .

Wa berlepas diri dari pertanggungjawaban diatas segala maklumat, pandangan , coretan, kritikan dan ketepatan fakta yang mana benar sewaktu ia diterbitkan .. Pembaca adalah dinasihatkan untuk mendapatkan rujukan lain sekiranya terdapat percanggahan yang meragukan .. harap maklum .. adios .. Karmic Luv Ye Oll ~!!

Sembang Sampai Lebam

FeedCount

Facebook Page

Statistik

Followers

| Karmic's © 2011. All Rights Reserved | Template Style by Karmic | Design by Planet Gedobah | Back To Top |