1. 201 Carats Chopard
Jam ini direkabentuk dengan unitnya ditengah tengah dan dikelilingi berlian 210 karat (carats). Jam yang berupa gelang ini didatangkan dengan 3 berlian yang berbentuk hati iaitu berlian merah jambu 15 karat, berlian biru 12 karat dan berlian putih 12 karat. Sementara selebihnya dihiasi dengan 600 butir berlian kuning di sepanjang himpunan 91 taburan berlian yang tak berwarna. Jam ini bernilai USD 25 Juta (RM 83 Juta) .. huhuhu
2. Patek Phillipe's Super Complications
Jam ini siap pada tahun 1932, selepas 4 tahun tarikh mula pembuatannya. Ia mempunyai mekanisma yang rumit dan dari situ ia mendapat nama. Dicipta untuk Henry Gaves, orang yang memulakan perang pembuatan jam dengan James Ward Packard. Jam yang diperbuat dari emas kuning ini mempunyai 2 pemuka (depan dan belakang) serta dilengkapkan dengan 24 komplikasi dan telah di beli semasa Lelongan Sotheby's dengan harga lebih sedikit dari USD 11 juta.
3. Patek Philippe's Platinum World Time
Bidaan sebanyak USD 4 juta pada sebuah lelongan menjadikan jam Platinum World Time buatan Patek Philippe's sebagai yang termahal pada tahun 2002. Jam ini mempunyai paparan 24 zon masa dan juga dikenali sebagai jam mudah baca, mesra pengguna dan mempunyai nada boleh laras yang berlainan untuk membezakan antara siang dan malam.
4. Vacheron Constantine Tour de l'lle
Terdapat 834 mekanisma yang terkandung dalam pembuatan jam Vacheron Constantine Tour de l'lle ini menjadikannya salah satu jam yang paling rumit yang pernah dihasilkan. Jam ini berfungsi dengan paparan 2 zon masa, pemberitahuan waktu terbenam matahari, kalendar sepanjang masa, dan pemberitahuan info astronomi berdasarkan langit waktu malam. Harganya dianggarkan sekitar USD 1.5 juta
5. Patek Philippe Sky Moon Tour Bilon
Patek Philippe adalah sebuah syarikat yang mempunyai reputasi sebagai syarikat pembuat jam 2 pemuka dan model model jam yang paling rumit. Model Sky Moon Tour Bilon ini dilengkapi dengan kalendar sepanjang zaman, tarikh silam dan senarai fasa lunar. Dibawah flipnya pula (dibawah muka utama) dilengkapi dengan panduan terperinci tentang waktu sebenar (sidereal time), carta bintang sebagai penunjuk kedudukan bintang bintang, fasa fasanya dan orbit bulan. Jam ini berharga USD 1.3 juta.
6. The Chopard Super Ice Cube
Jam ini diselapuit dengan 66 karat berlian murni. Biarpun mempunyai rupa bentuk yang kasar, hodoh dan berbentuk segi empat seperti kiud ais, ia tetap bernilai lebih dari 1 juta dollar. Harganya adalah disekitar USD 1.1 juta
7. Hublot Black Caviar Bang
Diperbuat dari 18 karat emas putih dan diperkemaskan dengan 322 butir berlian, The Hublot Caviar adalah sesuatu yang tak terjangka dalam senarai ini. Namun dengan 179 berlian yang ditatahkan keseluruh badan utama beserta 30 lagi digegelang dalamnya, ia disenaraikan dengan harga USD 1.1 juta.
8. Louis Moinet Magistralis
Didalamnya terkandung sepotong batu meteor yang berusia 2,000 tahun sementara dibahagian luar pula dilengkapi dengan penunjuk minit berulang, kalendar sepanjang zaman, dan butang tekan kronograf. Jam ini bernilai USD 860 ribu
9. Blancpain1735, Grande Complication.
Antara 2 bahagian tali jam Blancpain 1735 yang diperbuat dari kulit buaya ini terletaknya binaan yang diperbuat dari 740 alat mekanisma jam dan dianggap rumit kerana ia mengambil 1 tahun dari usia perekanya. Jam ini mempunyai badan yang diperbuat dari platinum dan mempunyai elemen seperti kalendar sepanjang zaman, fasa lunar serta pencatat saat skala tinggi (split second). Harganya sekitar USD800 ribu.
10. Breguet Pocket Watch 1907 BA/12
Diperbuat oleh syarikat yang telah berkurun terlibat dalam pembuatan jam dan telah berusaha untuk mencipta sesuatu alat yang tidak terpengaruh dengan tarikan graviti. Breguet Poket Watch adalah jam yang disalut dengan emas 18 karat dan mempunyai jarum jarum gerakan buatan tangan yang berputar dalam 2 arah. (2 way movement). Berharga USD 734 ribu.
2 comments:
Aku minat jugak kt jam2 ni ....tp minat tengok je le....tobat 7 keturunan tak mampu nk beli lagi...hehehe
keh keh keh ... mampu kot .. beli gambar dia .. buat gantung kat dinding .. sebagai pengubat rindu .. huhuhu