Sunday, November 7, 2010

Kereta Terkecil Di Dunia


Peel 50
Memang tidak menghairankan apabila Ripley's membawa kereta yang terkecil di dunia ke auditoriumnya di New York memandangkan dengan saiznya hanya 1.33meter panjang, ianya memang sesuai untuk mencari parking yang memang sukar di bandar Manhattan .

Peel 50, yang dibeli oleh Ripley's Believe it Or Not pada tahun 2009, mempunyai berat hanya 59Kg dan merupakan kereta yang terkecil yang dilesenkan untuk berada diatas jalanraya. Pengeluarnya Manx Peel Engineering Co. membina 50 unit kereta ini dan hanya beberapa unit sahaja yang masih tinggal digunakan sehingga ke hari ini. 

Dengan 2 biji tayar dihadapan dan 1 dibelakang, Peel 50 mencapai kelajuan tertinggi 64Km/j , mungkin masih kurang laju .. tapi apa yg luorang nak harapkan dari sebiji kereta yang mungkin lebih ringan dari luorang ?? .. nak suh terbang ? keh keh keh ..

Lagi satu .. bagi mamat yang nak melaram .. tolong baca bebaik .. kereta ni hanya muat utk 1 orang .. dgn sebuah bag sandang ... tak lebih dari tu .. awek ? suh dia naik teksi .. kah kah kah 

* kalo ada banyak lagi kereta ni .. wa ingat nak beli gak .. buat stok gi kedai dalam kampung .. tapi wa ingat .. kalo terlanggar lembu pon .. lembu tu sengih je ... takde meninggalkan calar calar yang kasar .. keh keh keh 

0 comments:

Comment here

 

Disclaimer

Segala terbitan, rencana, artikel, gambar, rujukan, info, sketsa dan segala bentuk material lain adalah hanya sebagai bahan yang wa kumpul, salin, baca, dengar, tonton samada dari media internet ataupun televisyen dengan bertujuan untuk disimpan sebagai rujukan sendiri dan bukan bersifat komersial .

Wa berlepas diri dari pertanggungjawaban diatas segala maklumat, pandangan , coretan, kritikan dan ketepatan fakta yang mana benar sewaktu ia diterbitkan .. Pembaca adalah dinasihatkan untuk mendapatkan rujukan lain sekiranya terdapat percanggahan yang meragukan .. harap maklum .. adios .. Karmic Luv Ye Oll ~!!

Sembang Sampai Lebam

FeedCount

Facebook Page

Statistik

Followers

| Karmic's © 2011. All Rights Reserved | Template Style by Karmic | Design by Planet Gedobah | Back To Top |