Pulau ini adalah salah satu dari 505 buah pulau yang tidak berpenghuni didalam daerah pentadbiran Nagasaki, Jepun, dan Ia terletak 15km dari tanah besar. Ia dinamakan Gunkan Jima atau bermaksud Pulau Kapal Perang. Pada tahun 1890, syarikat Mitsubishi membeli pulau ini dan telah memulakan projek mengeluarkan arang batu didasar laut disekeliling pulau ini. Manakala pada tahun 1916, mereka telah membina projek pertama di pulau itu berupa beberapa blok apartment bertujuan untuk memberi penginapan kepada semua pekerja disamping untuk melindungi mereka dari serangan ribut taufan.
Dalam tahun 1959, populasi yang dicatatkan telah meningkat dengan mendadak, bancian menunjukkan terdapat seramai 835 orang bagi setiap hektar di seluruh pulau itu, manakala 1391 orang untuk setiap hektar dibahagian tengah pulau. Kepadatan sebegini belum pernah terjadi di seluruh dunia.
Setelah penggunaan petrol menjadi semakin popular dan meluas, perniagaan arang batu mula menunjukkan kemerosotan disebabkan kurangnya permintaan. Banyak lombong diseluruh dunia mula menghentikan kegiatan perlombongan, tidak terkecuali Gunkan Jima. Akhirnya pada tahun 1974, Mitsubishi secara rasmi telah mengumumkan penutupan keseluruhan operasi nya di pulau itu, menyebabkan pulau itu ditinggalkan dan terus tidak berpenghuni.
0 comments: