Nama lain: meyenii Lepidium, Peruvian Ginseng (Ginseng Peru)
Maca adalah tanaman seperti lobak yang digunakan sebagai makanan dan juga untuk tujuan perubatan.
Walaupun Maca bukan dari keluarga ginseng, ia telah digelar "Ginseng Peru" kerana digunakan sebagai ubat tradisional untuk meningkatkan stamina, tenaga, dan fungsi seksual.
Mengapa Orang Guna Maca?
Menurut cerita rakyat, Pahlawan Silam Inca membawa Maca sebelum pergi berperang untuk membuat mereka menjadi kuat secara fizikal. Namun, mereka kemudian dilarang untuk menggunakannya dalam rangka melindungi wanita tawanan dari rasa ghairah mereka yang tinggi hasil dari memakan Maca ini.
Dalam satu kajian yang dibuat dengan merawat 9 lelaki dewasa menggunakan tablet Maca selama 4 bulan mendapati, terdapat peningkatan dalam kepekatan air mani, jumlah & jangkahayat sperma.
Dalam pemerhatian 12 minggu secara rawak dan terkawal, selepas pengambilan 1,500 mg, 3,000 Maca mg, berbanding placebo. Setelah hanya 8 minggu, ada peningkatan keinginan seksual pada lelaki yang mengambil Maca.
Maca didapati tidak memberi kesan pada aras hormon. Serum testosteron dan tahap estradiol tidak berbeza pada lelaki yang mengambil Maca dibandingkan dengan mereka yang mengambil placebo. Penyelidikan lain mendapati tiada kesan pada hormon Luteinizing, hormon follicle-stimulating, prolaktin, dan 17-alpha hidroksiprogesteron .
Adakah ia selamat ?
Tidak ada kesan sampingan atau bahaya yang telah dilaporkan.
Tindakbalas Ubat
Tiada potensi interaksi telah dilaporkan.
0 comments: