Nama penuh beliau adalah Syed Syarif Hidayatullah, lahir pada tahun 1448. Menuntut ilmu Agama sehingga ke Cirebon pada tahun 1470 . Bapanya bernama Syarif Abdullah, berasal dari Mesir dan merupakan generasi ke 17 keturunan Rasulullah SAW, menyandang gelaran Sultan Maulana Muhammad, manakala Ibunya pula bernama Nyai Rara Santang atau Syarifah Muda'im setelah Islamnya, merupakan Putri Prabu Siliwangi dari Kerajaan Pejajaran.
Beliau setelah itu dengan sokongan dari Temenggung Cirebon Sri Manggana Cakrabuana atau bergelar Pengiran Walangsungsang dan didukung oleh Kerajaan Demak, telah diangkat menjadi Raja Cerbon dengan memakai gelaran Maulana Jati pada tahun 1479.
Beliau mengilhamkan pmbangunan isfrastruktur Kerajaan Cirebon dengan mendapat bantuan dari Sunan Kalijaga, Arkitek Demak Raden Sepat. Antara yang diusahakan ialah Pembangungan Istana Pakungwati, Masjid Agung Sang Cipta Rasa, Jalan pinggir laut antara Kerajaan Pakungwati dan Amparan Jati serta Pelabuhan Muara Jati.
Pada tahun 1526, beliau menyebarkan Islam sampai ke Banten dan menjadikannya sebagai sebahagian dari Kerajaan Cirebon. Dalam tahun yang sama juga, dengan mendapat bantuan dari Kerajaan Demak yang dipimpin oleh Panglima Perang yang bernama Fatahillah, beliau dapat menawan Sunda Kelapa dari Portugis dan mengubah namanya menjadi Jayakarta.
Banten dijadikan sebuah kerajaan pada tahun 1533, dengan Sultannya yang pertama adalah Sultan Hasanuddin dan merupakan putera beliau sendiri.
Syed Syarif Hidayatullah merupakan salah seorang dari Wali Songo yang membawa pandangan baru kepada masyarakat ketika itu tentang makna Pemimpin, Masyarakat, Tujuan Pimpinan, Tujuan Bermasyarakat, dan Bagaimana Harus Bergaul dan Berbudaya.
Beliau melakukan penyebaran Dakwah Islamiyah kepada pelbagai lapisan masyarakat samada bersendirian ataupun dengan bantuan perkumpulan Forum Walisongo, dimana perkumpulan tersebut dengan jayanya dijadikan sebagai organisasi dan alat kepentingan dakwah. Ini adalah satu langkah bijak dan tepat dalam usaha mempercepatkan tersebarnya Islam ke segenap pelusuk masyarakat.
Beliau meninggal dunia pada tahun 1568 setelah berusia 120 tahun dengan digantikan oleh cicitnya sebagai pemerintah baru Kerajaan Cirebon. (Anak dan cucunya dikatakan telah lebih dahulu meninggal dunia). Beliau dimakamkan di Bukit Gunung Jati dan dari sebab itu, beliau kemudiannya dikenali sebagai Sunan Gunung Jati .
1 comments:
ZEUSBOLA Adalah Situs Agen Judi Online Terpercaya Indonesia Pertama Yang Menyediakan Berbagai Macam Permainan Online Seperti :
*SPORTSBOOK
*LIVE CASINO
*IDN LIVE
*IDN POKER
*SLOT GAMES
*TEMBAK IKAN
*JOKER123
*SABUNG AYAM
*TOGEL ONLINE
Menerima Deposit via Pulsa dan E-money
(OVO, DANA, LINKAJA, GOPAY dan JENIUS)
Dapatkan Bonus 7x Win Beruntun Hingga 5jt
INFO SELANJUTNYA SEGERA HUBUNGI KAMI DI :
WHATSAPP :+62 822-7710-4607