Batu Ica Peru - Ica Stones
Sekitar tahun 1960-an ,seorang petani menjumpai banyak batu aneh di dalam sebuah gua sekitar Ica, yang terletak kira-kira 300 kilometer dari Lima, Peru.Batu itu terdiri dari berbagai jenis ukuran tetapi apa yang menjadikannya sebuah artifak misteri ialah ukiran pada batu tersebut pasti menimbulkan pertanyaan kepada siapa yang melihatnya.
Meneliti ukiran aneh pada batu itu, ia seolah-olah mencatatkan cerita mengenai wujudnya satu peradaban purba yang sangat maju malah lebih maju daripada dunia hari ini pada zaman dinosaur iaitu jutaan tahun lalu. Bagaimanapun, atas sebab tertentu yang masih menjadi misteri, peradaban itu akhirnya lenyap, sama seperti pupusnya dinosaur pada hari ini sehingga meninggalkan ukiran pada batu itu saja sebagai sisa peradaban .
Ketika melihat berbagai ukiran aneh pada batu itu, petani segera membawa keluar dan menjual artifak itu kepada pelancong sebagai cenderamata. Pada suatu hari dia ditahan pihak berkuasa atas sebab yang menjadi misteri. Selepas beberapa lama ditahan dan dikurung, petani itu dibebaskan tetapi selepas itu, dia tidak lagi berani menyatakan yang batu itu adalah artifak purba.
Keunikan batu yang penuh dengan ukiran misteri itu menarik minat seorang doktor setempat yaitu Dr Javier Cabrera dan sejak itu, beliau sentiasa membeli dan mengumpulkan batu dari si petani dan selain itu dari beberapa pihak lain. Cabrera pernah mempertanyakan kepada petani itu bagaimana, dan di mana, dia memperoleh batu Ica itu ,tetapi petani itu enggan memberitahunya seolah-olah takut dia akan sekali lagi ditahan dan dikurung pihak berwajib.
Doktor itu percaya bahawa batu Ica itu adalah sebuah artifak purba yang di buat jutaan tahun lalu. Hasil dari kajian yang dibuatnya mendapati :
- Batu Ica tersebut dipercayai sudah mencapai usia ribuan tahun. Ujian kimia yang dilakukan pula mendapati batu itu berasal dari sungai setempat dan Gunung Andes yang permukaannya ditutupi lapisan oksida.
- Bekas ukiran pada batu itu sudah sangat lama dan batu yang ditemui sekitar gua memiliki fosil organisme berusia jutaan tahun silam.
- Batu Ica yang terkumpul dipercayai sejumlah lebih kurang 15,000 biji di Ica , Peru.
Gambar pada Batu Ica tersebut antara lain nya menunjukkan :
- Gambaran galaksi angkasa
- Haiwan zaman purba
- Peta daratan pra-sejarah
- Bencana dahsyat pada zaman dulu
- Gambaran manusia yang hidup sezaman dengan dinosaur. Malah, ukiran bentuk manusia dan dinosaur pada batu itu sama saja dengan bentuk manusia dan gambaran dinosaur yang ditemui pada hari ini
- Terpahat ukiran seorang manusia menunggang di atas Triceratops, dengan tangannya menggenggam senjata seperti kapak.
- Terdapat ukiran seorang manusia yang panik dikejar Tyrannosaurus Rex ( T-Rex )
- Terdapat ukiran muka bumi pada 13 juta tahun lalu yang dilihat dari angkasa. Ada empat gambar pada ukiran yang persis peta dunia dan menurut penyelidik, peta daratan yang diukir pada batu itu adalah keadaan daratan pada zaman purba dan ia dilukis dengan tepat.
- Ukiran pengambilan benda berbentuk gelembung dalam lingkaran janin ibu yang hamil sebelum menyuntik ke dalam tubuh pesakit.
- Ukiran pembedahan otak dan bagaimana cara mengatasi reaksi penolakan organ dalam proses pemindahan organ yang mana semua ilmu itu, baru ditemui dalam dunia perubatan moden.
- Ukiran teknologi bius dengan akupuntur dalam operasi perubatan selain batu yang mengukir gambaran genetik.
Cabrera percaya yang batu itu diukir masyarakat zaman dulu yang dikenali sebagai ‘Gliptolithic Man’ dan mereka sebenarnya adalah manusia dari angkasa yang datang dan tinggal di bumi bersama dinosaur pada jutaan tahun lalu. Bagaimanapun, atas sebab tertentu, manusia angkasa "atau sebut makhluk asing" itu datang ke planet lain menggunakan ‘Garisan Nazca’ (satu lagi lokasi misteri di Peru) yang terletak berdekatan sebagai lapangan terbang.
Sehingga kini, kebenaran ukiran batu Ica terus menjadi teka-teki yang membingungkan.
* dekat negara kita pun sebenarnya ada pelbagai batu batu misteri yang boleh dijumpai kat mana mana .. antaranya .. air batu campur & batu seremban .. seram woo bila memikirkan .. kih kih kih
* dekat negara kita pun sebenarnya ada pelbagai batu batu misteri yang boleh dijumpai kat mana mana .. antaranya .. air batu campur & batu seremban .. seram woo bila memikirkan .. kih kih kih
0 comments: