Monday, November 8, 2010

Fakta Youtube



YouTube adalah sebuah laman web perkongsian video (video sharing) paling popular masakini. Para pengguna dapat memuat, menonton, dan berkongsi klip video secara percuma. Umumnya video-video di YouTube adalah klip muzik (video klip), filem, TV, serta video kiriman  para penggunanya sendiri. Format yang digunakan video-video di YouTube adalah '.flv' yang dapat dimainkan di web/komputer yang memiliki plugin Flash Player.

Berikut ini ada beberapa fakta yang mungkin  luorang belum ketahui tentang youtube

1. Youtube didirikan pada bulan februari 2005 oleh 3 orang bekas orang kuat PayPal, iaitu Chad Hurley, Steve Chen dan Jawed Karim.

2. Pada awalnya pejabat pusat Youtube terletak di lantai atas sebuah restoran Pizza dan Restoran Jepun di San Mateo, California.

3. Video awal yang pertama kali di Upload di Youtube berjudul “Me at The Zoo”, menampilkan Jawed Karim di kebun binatang San Diego. Hingga saat ini video tersebut masih dapat disaksikan di Youtube.

4. Youtube melancarkan ujian Beta ( Beta Test)  pada bulan Mei 2005, 6 bulan sebelum pelancaran secara rasmi yang diadakan pada bulan November 2005

5. Pada bulan Julai 2006 atau 8 bulan setelah dirasmikan, tercatat 65.000 video baru di muatnaik ke laman Youtube sehari, dengan 100 juta tontonan setiap hari

6. Pemilihan nama www.youtube.com menimbulkan masalah bagi sebuah lagi laman bernama hampir sama, www.utube.com. Pemilik laman, Universal Tube & Rollform Equipment, mengajukan tuntutan saman terhadap YouTube pada November 2006 setelah mengalami lebihan beban (bandwitdth) secara berterusan yang berpunca dari orang yang mencari laman YouTube

7. Pada bulan Oktober 2006, Google Inc. membeli Youtube dengan jumlah USD 1.65 juta

8. Pada tahun 2007 Youtube telah menggunakan bandwidth menyamai besarnya bandwidth keseluruhan internet di dunia pada tahun 2000

9. Pada bulan Jun 2008 majalah Forbes mengumumkan bahawa pendapatan Youtube sepanjang tahun 2008 dianggarkan mencapai USD 200 juta 

10. Pada tahun 2008 Youtube mendapatkan penghargaan 'George Foster Peabody Award' atas fungsinya menjadi “Speakers Corners” dan turut berjasa dalam pengembangan demokrasi dan kebebasan berpendapat

11. Saat ini Youtube menjadi laman online penyedia video (video provider) paling dominan di US, bahkan mungkin dunia, dengan menguasai 43% pasaran. Dianggarkan 20 jam durasi video di upload ke Youtube setiap minit dengan 6 juta tontonan setiap hari..

* video yang pertama wa tonton guna youtube seingat wa .. 'Unclebus' cerita pasal dera kat Taiwan, awal tahun 2007 . Masa tu tak paham pon apa youtube ni sebenarnya .. keh keh keh .. klik kat link masa baca artikel .. ceh .. tak paham langsung apa yang dia nak tunjukkan .. rerupanya kena pilih vc yang kita nak nengok . 

0 comments:

Comment here

 

Disclaimer

Segala terbitan, rencana, artikel, gambar, rujukan, info, sketsa dan segala bentuk material lain adalah hanya sebagai bahan yang wa kumpul, salin, baca, dengar, tonton samada dari media internet ataupun televisyen dengan bertujuan untuk disimpan sebagai rujukan sendiri dan bukan bersifat komersial .

Wa berlepas diri dari pertanggungjawaban diatas segala maklumat, pandangan , coretan, kritikan dan ketepatan fakta yang mana benar sewaktu ia diterbitkan .. Pembaca adalah dinasihatkan untuk mendapatkan rujukan lain sekiranya terdapat percanggahan yang meragukan .. harap maklum .. adios .. Karmic Luv Ye Oll ~!!

Sembang Sampai Lebam

FeedCount

Facebook Page

Statistik

Followers

| Karmic's © 2011. All Rights Reserved | Template Style by Karmic | Design by Planet Gedobah | Back To Top |